TAJUK:
PERANAN MASJID KAMPUNG PERMATANG BONGOR
DISEDIAKAN UNTUK:
USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN
PENSYARAH CTU
DISEDIAKAN OLEH:
MOHAMAD KHAIRUL AZMAN BIN MAT ZAHID
2010617606
BMB2Bb
PROGRAM
IJAZAH SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN (KEPUJIAN)KEWANGAN
KANDUNGAN MUKA SURAT
Muka surat | Tajuk |
1 | Kandungan muka surat |
2 | Pendahuluan |
3 – 4 | Pengurusan Masjid Permatang Bongor |
5 – 6 | Peranan Masjid Kepada Masyarakat |
7 - 8 | Masalah yang dihadapi |
9 | Harapan |
10 | Pandangan sendiri |
11 | Penutup |
12 | Rujukan |
PENDAHULUAN
Assalammualaikum. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang terlibat secara langsung atau tak langsung dalam menjayakan kerja kursus saya ini terutama nya imam masjid kampung permatang bongor ini.
Tujuan saya melakukan kerja kursus ini adalah untuk menyelesaikan kerja yang telah diberikan oleh pensyarah CTU saya iaitu Ustad Abd Aziz Bin Harjin.Tajuk kerja kursus yang telah saya pilih adalah PENGURUSAN MASJID PERMATANG BONGOR DAN PERANANNYA KEPADA MASYARAKAT. Saya memilih tajuk ini kerana saya ingin berkongsi serba sedikit tentang pengurusan di masjid saya.
Saya memilih tajuk ini kerana rumah saya berhampiran dengan masjid dan ini akan lebih memudahkan saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Selain itu berpendapat bahawa masjid banyakn memainkan peranan untuk penduduk di sekelilingnya. Dengan itu saya telah memilih tajuk ini yang berkenaan dengan masjid.
Saya telah tertarik untuk memilih tajuk ini kerana saya berpendapat bahawa masjid adalah tempat suci dan juga merupakan rumah tuhan. Dengan itu saya telah memilih masjid di kampung saya sebagai tajuk utama kerja kursus saya.
Berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW yang berbunyi :
جُعِلَت لِي الأَرضُ مَسجِدًا
(رواه البخاري)
Maksudnya: “ Dijadikan bagiku bumi ini sebagai masjid ( tempat bersujud )”
(Hadis riwayat Bukhari)
Manakala dari sudut istilah ialah : “ Tempat yang disediakan khas selama-lamanya untuk bersembahyang .” (Mu’jam Lughat Al-Fuqaha’ : 428 dan I’lam As-Sajid bin Ahkam Al-Masajid: 26-27)
Helaian berikutnya telah saya sediakan beberapa peranan penting masjid yang telah diperoleh daripada tinjauan dan hasil daripada tembual saya bersama imam masjid kampung permatang bongor.
PENGURUSAN MASJID PERMATANG BONGOR
1 . Pengenalan kepada Masjid Permatang Bongor.
Masjid permatang bongor adalah tempat utama untuk jemaah menunaikan solat terutamanya pada hari jumaat. Selain masjid ini, terdapat juga surau yang boleh menempatkatkan para jemaah untuk menunaikan solat selain hari jumaat.
Masjid ini telah dibina sekitar tahun 1995. Nama masjid ini adalah masjid permatang bongor.Masjid ini dikendalikan oleh seorang iman yang bernama Ustad Yahya Bin Ismail dan dibantu oleh beberapa orang dibawahnya. Masjid ini merupakan tempat tumpuan jemaah yang berada di Kampung Perpat, Kampung Jawa dan Kampung Permatang Bongor.
Disamping masjid,terdapat juga surau yang menjadi tempat penduduk untuk menunaikan solat. Terdapat dua buah surau yang berhampiran dengan masjid ini. Surau ini didirikan untuk memudahkan jemaah untuk mendirikan solat berjemaah
Selain itu, antara surau yang menjadi tumpuan penduduk untuk berjemaah selain hari jumaat ialah surau yang terdapat di Kampung Perpat dan Kampung Jawa. Bagi penduduk yang berada di Kampung Permatang Bongor mereka akan terus ke masjid kerana ianya berdekatan dengan kampung tersebut. Bagi kampung perpat dan jawa, surau didirikan kerana lokasi masjid agak jauh dari kediaman mereka.
PERANANNYA MASJID KEPADA MASYARAKAT
Antara peranan masjid ini kepada masyarakat sekelilingnya ialah
a) Menjadi tempat jemaah mendirikan solat.
Masjid ini menjadi tempat utama penduduk untuk berjemaah terutamanya pada hari jumaat. Semua penduduk dari kampung berdekatan akan berkumpul di masjid ini untuk menunaikan solat bersama-sama.
Selain solat pada hari jumaat, penduduk juga berkumpul pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha untuk menunaikan solat hari raya. Masjid ini boleh menempatkan ramai jemaah pada satu satu masa kerana banyak ruang yang tesedia di sekitar masjid ini. Sekiranya ruang di dalam masjid penuh, jemaah boleh mendirikan solat di ruang luar masjid kerana pihak pengurusan masjid menyediakan tikar untuk jemaah yang tidak dapat masuk ke dalam ruang utama.
Selain itu, bagi penduduk yang ingin menziarahi pusara ibu bapa mereka yang telah tiada, mereka akan turut bertumpu ke masjid ini kerana kawasan perkuburan terletak di belakang masjid tersebut. Pada kebiasaannya, penduduk akan bergotong-royong di kawasan masjid terlebih dahulu sebelum hari raya Aidilfitri dan Aidiladha tiba. Imam akan mengumumkan kepada penduduk terlebih dahulu pada hari jumaat kerana penduduk akan berkumpul bersama-sama pada hari tersebut untuk menunaikan solat jumaat.
b) Menjadi tempat penduduk berkumpul untuk majlis-majlis tertentu
Peranan seterusnya untuk masjid ini ialah ia menjadi tempat untuk penduduk sekeliling untuk berkumpul untuk majlis tertentu. Antaranya seperti majlis kenduri dan sebagainya.
Penduduk biasanya akan bergotong royong untuk menjayakan majlis seperti kenduri yang diadakan oleh pihak masjid. Penduduk akan bersama-sama memasak dan sebagainya agar majlis itu berjalan lancar.
Masjid ini juga menjadi tempat dimana majlis korban di hari raya aidiladha yang dianjurkan pihak masjid dijalankan. Ini lebih memudahkan penduduk untuk melekukan aktiviti korban ini berjalan kerana para penduduk akan bertumpu ke masjid berkenaan.
Selain itu,pada bulan ramadhan,terdapat penduduk yang memberikan more kepada jemaah-jemaah selepas selesai menunaikan solat tarawih.
Disamping itu,penduduk kampung juga sering membuat more pada bulam ramadhan untuk disedekahkan kepada jemaah yang hadir. Kebiasaannya mereka akan bersama-sama untuk menyiapkannya.
MASALAH YANG DIHADAPI MASJID PERMATANG BONGOR
Antara masalah yang dihadapi masjid permatang bongor ini ialah
a) Kekurangan remaja untuk berjemaah bersama-sama selain hari jumaat
Antara masalah utama yang dihadapi oleh masjid ini ialah kekurangan remaja untuk berjemaah bersama-sama di masjid. Remaja yang hadir untuk berjemaah di masjid ini adalah begitu sedikit jika dibandingkan dengan surau di kampung Perpat dan Bongor. Hal ini mendatangkan kerisauan dikalangan jemaah terutamanya imam masjid tersebut.
Bilangan remaja yang hadir untuk berjemaah adalah begitu sedikit terutama pada solat maghrib, isyak,dan subuh. Ini merisaukan penduduk kerana mereka bimbang remaja akan melakukan aktiviti lain yang tidak bermanfaat di luar.
Imam masjid ini turut mengesa para remaja untuk menunaikan solat jemaah bersama-sama. Imam biasanya akan berucap pada hari jumaat kerana remaja dan jemaah lain akan berkumpul pada hari tersebut.
Namum begitu, bilangan remaja yang hadir ke masjid masih dalam bilangan yang sedikit walaupun nasihat demi nasihat diberikan kepada para remaja untuk manunaikan solat bersama-sama.
Nasihat ini diberikan agar remaja di kampung ini tidak membuang masa mereka dengan kegiatan yang tidak bermanfaat kepada diri mereka.
b) Kekurangan prasarana untuk kelengkapan masjid
Masalah seterusnya yang dihadapi di masjid permatang bongor ini ialah kekurangan prasarana untuk kelengkapan masjid. Antaranya seperti kelengkapan di dalam masjid. Contohnya seperti kain sejadah, tempat berwuduk dan sebagainya.
Walaupun masalah ini berlaku, pihak pengurusan masjid telah mengambil langkah yang sewajarnya seperti mereka menyediakan sendiri kelengkapan tersebut dengan dana yang tersedia disamping sumbangan oleh penduduk kampung.
Selain itu tempat berwuduk yang tersedia tidak dapat menampung bilangan jemaah yang ingin mengambil wuduk. Terdapat jemaah yang terpaksa menunggu lama untuk berwuduk sehingga solat telah bermula.
Masalah kekurangan tempat berwuduk ini dapat dilihat terutama pada hari seperti hari raya,hari jumaat dan hari-hari lain yang dipenuhi jemaah.
Walaupun masalah ini terjadi, namun para jemaah sentiasa bersyukur kerana mereka dapat menunaikan solat dengan kusyuk di dalam masjid yang mempunyai ruang yang secukupnya.
HARAPAN
Pihak masjid terutamanya imam mengharapkan agar masalah yang dihadapi ini dapat diselesaikan. Ini kerana masjid itu merupakan tempat tumpuan utama penduduk untuk berkumpul. Selain itu masjid ini merupakan tempat untuk menunaikan solat.
Mereka berharap agar masalah yang dihadapi ini dapat diselesaikan dalam masa yang terdekat. Ini supaya penduduk dapat menunaikan solat dengan tenang tampa gangguan.
Imam masjid ini juga berharap agar keluasan masjid ini dapat ditambah bagi mengelak kesesakan jemaah pada hari tertentu seperti pada hari raya. Semua yang diharapkan adalah bagi menjamin keselesaan jemaah disamping penduduk.
PANDANGAN SENDIRI
Saya juga berharap agar masalah yang dihadapi ini dapat diselesaikan. Pihak-pihak yang berkenaan seharusnya mengambil langkah yang sewajarnya dalam menanganinya.
Pada pandangan saya, masjid ini merupakan suatu institusi yang penting di kawasan ini. Masjid ini berfungsi sebagai tempat untuk beribadat , mempelajari dan mendalami ilmu agama, serta untuk menyatukan penduduk kampung terutamanya pada hari-hari perayaan dan sebagainya.
Masjid ini juga banyak memberi banyak manfaat kepada penduduk di sekitarnya. Pada saya, pihak yang berkenaan perlu manambahkan beberapa kemudahan lain yang mungkin boleh memudahkan penduduk untuk menunaikan solat.
PENUTUP
Kesimpulanya masjid kampung permatang bongor memainkan banyak peranan kepada penduduk di sekitarnya. Masjid ini juga begitu penting kerana ia berfungsi sebagai pusat ilmu di kampung-kampung yang berdekatan dengannya.
Usaha-usaha untuk menjaga masjid ini seharusnya dijalankan agar masjid ini dapat bertahan lebih lama untuk generasi yang akan dating terutama yang berada di kampung ini. Para penduduk juga harus sentiasa hadir untuk menunaikan solat bersama agar masjid ini tidak sunyi daripada jemaah. Selain itu para jemaah dapat juga menambah pahala mereka apabila solat berjemaah bersama jemaah yang lain.
RUJUKAN
Imam Masjid Kampung Permatang bongor
Masjid Kampung Permatang Bongor
Mat zahid Bin Husaain
Che Pah Bt Bakar